Sejarah Sekolah

Sekolah Convent Datuk Keramat ditubuhkan pada tahun 1935 oleh seorang mubaligh Katholik yang bernama Rev. Mother Tarcisius dengan nama asalnya Sekolah Convent Cina.

Sekolah ini beroperasi dengan menggunakan rumahpapan dan mempunyai seramai 12 orang murid yang terdiri daripada murid lelaki
dan perempuan di peringkat awalnya. Bilangan ini meningkat menjadi 75 orang 6 bulan kemudian. Murid-murid tersebut belajar dalam tiga buah kelas di bawah bimbingan Sister St. Henry, Sister St. Angnes dan Madam Chong Chee Cheng.

Pada tahun 1938, sekolah ini dipindahkan ke sebuah bangunan yang lebih besar di No. 421, Jalan Datuk Keramat. Seramai 300 orang murid diterima untuk menimba ilmu di sekolah ini. Sister St. Rose
dilantik sebagai guru besar pertamanya. 14 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah.

Pada zaman pemerintahan Jepun, Sekolah Convent Cina digunakan sebagai pejabat operasi tentera Jepun. Selepas berakhirnya penjajahan
Jepun, hanya murid perempuan yang diterima untuk belajar di sekolah
ini. Pada tahun 1951, Sister Pierre menggantikan Sister Rose sebagai guru besar yang baru. 2 tahun kemudian, 12 buah bilik darjah yang baru telah didirikan untuk membolehkan murid-murid tahun enam
melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Pada tahun 1957, sekolah ini menjadi sekolah bantuan modal kerajaan dan secara rasminya, sekolah ini telah diasingkan kepada Sekolah Menengah Convent Datuk Keramat dan Sekolah Rendah Convent Datuk Keramat. Pada tahun 1960, bangunan sekolah telah dilengkapi dengan dewan, makmal sains, bilik guru, bilik lukisan dan 2 buah bilik darjah yang baru. Pada tahun 1975 pula, bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru yang bertingkat dua. Setahun kemudian, sebuah bangunan baru yang bertingkat tiga telah didirikan memandangkan bangunan sedia ada masih tidak cukup untuk
menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Bangunan baru itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu, iaitu Yang Berhormat En. Chan Siang Sun JSM, JP pada 3 Julai 1976.
No posts.
No posts.
 

SJK (C) Convent Datuk Keramat. Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates